Clutch Guild Melayakkan Diri Ke AOV World Cup 2018 Selepas Menewaskan Tamago Dan Resurgence

Pasukan dari Filipina, Clutch Guild muncul juara pusingan kelayakan Arena of Valor World Cup bagi pelayan Valiant (MY/SG/PH). Pasukan itu menewaskan dua lagi pasukan iaitu Resurgence dari Malaysia dan pasukan Tamago daripada Singapura.

Sebagai wakil  pelayan Valiant, Clutch Guild akan terbang ke Los Angeles Julai ini bagi bertarung dengan pasukan pasukan terbaik dunia untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah USD550,000 (~RM2,136,860). Jumlah tersebut merupakan yang terbesar bagi kejohanan e-sukan mudah alih mengatasi rekod jumlah USD500,000 yang turut sama ditawarkan oleh AoV pada kejohanan AoV International Championship di AIC 2017.

Dikuasakan oleh Blogger.