Champion Terbaru League of Legends, Pyke Akan Muncul Dari Lautan Dalam Tidak Lama Lagi

Diberi gelaran Bloodharbor Ripper, champion terbaru permainan League of Legends iaitu Pyke kini diperkenalkan secara rasmi. Ditinggalkan oleh krew di lautan dalam untuk dimamah raksasa sehingga akhirnya beliau lemas, Pyke kini bangkit untuk menghendap dan membunuh bagi membalas dendamnya.

Pyke hadir dengan beberapa kit abiliti menarik seperti kebolehan beliau untuk terjun ke lautan spectral, menyebabkan jasadnya kini hilang dari pandangan lawan selagi beliau tidak menyerang atau menggunakan abiliti lainnya. Selain daripada itu, beliau juga mampu memulihakan nyawanya, memperlahankan dan memegun musuh.

Pyke juga hadir dengan ultimate yang menarik iaitu kebolehan untuk digunakan berulang kali jika musuh yang menerima serangan ini mati. Rakan sepasukan yang membantu Pyke juga diberikan jmlah emas yang sama sekiranya musuh tersebut mati akibat daripada serangan ini.

Jika dilihat dengan abiliti abiliti menarik Pyke ini, beliau sudah pasti akan menghuru harakan The Summoner Rift tidak lama lagi. Pyke dijangka akan hadir bersama sama dengan kemaskini 8.11 iaitu lebih kurang dua minggu dari sekarang.

Dikuasakan oleh Blogger.