BrayaNT dan vtFaded Sah Sertai Skuad Dota 2 Geek Fam

Selepas mengumumkan pelepasan Tehee dan Feuru beberapa hari lepas, Geek Fam kini memperkenalkan penganti kepada kedua dua orang pemain tersebut. Kedua dua orang pemain tersebut bukanlah asing lagi di arena kompetitif Dota 2 di Malaysia iaitu Pang "Brayant" Jian Zhe dan Chen "vtFaded" Jia Haoe.

Penambahan dua orang pemain ini juga memperlihatkan pasukan yang berpengkalan di Malaysia itu kini mempunyai barisan pemain sepenuhnya berasal dari Malaysia. Brayant sebelum ini bermain bagi pasukan Fire Dragoon manakala vtFaded pula pernah bermain bagi pasukan Clutch Gamers.

Dengan Dota 2 Pro Circuit yang bakal tamat tidak lama lagi, pasukan ini dilihat akan memfokuskan usaha  mereka bagi menghadapi pusingan kelayakan terbuka bagi kejohanan  The International 2018. Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan ini dalam usaha mereka membawa nama negara ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Geek Fam Dota :

  • Chen "vtFaded" Jia Haoe
  • Kee "Chyuan" Chyuan Ng
  • Thiay "March" Jun Wen
  • Pang "Brayant" Jian Zhe
  • Chan "Oli" Chon Kien


Dikuasakan oleh Blogger.