Blizzard Dilaporkan Sasar Berlin Sebagai Kota Baharu Liga Overwatch Musim Kedua

Pada bulan Februari yang lalu, berita tentang usaha mengembangkan Liga Overwatch dengan menambah beberapa rantau telah kedengaran. Kini, menerusi temuramah antara laman web Handelsblatt dengan presiden dan CEO liga e-sukan Activision Blizzard, Pete Vlastelica, beberapa kota kini telah didedahkan sedang dipertimbangkan.

Blizzard sebelum ini dikhabarkan mahu menambah lebih banyak lagi pasukan bagi musim kedua kelak dengan memfokuskan pada pasukan dari Eropah dan Asia. Menurut Pete Vlastelica, beberapa kota seperti London, Amsterdam, Berlin dan Paris sedang dipertimbangkan untuk rantau Eropah.

Beliau turut berkata bahawa Kota Berlin menjadi pilihan utama kerana sejarah kota tersebut yang terkenal dengan aspek e-sukannya. Blizzard mahu memilih kota yang mempunyai kadar pemain Overwatch yang tinggi kerana kepentingannya dari segi pemasaran.

Pada temuramah yang sama juga, Pete Vlastelica menolak untuk memberikan sebarang komen mengenai jumlah bayaran masuk yang dikhabarkan mencecah sehingga USD60 Juta. Belia bagaimanapun mnegesahkan bahawa jumlah bayaran masuk slot francais ini adalah lebih tinggi daripada musim sebelumnya.


Dikuasakan oleh Blogger.