Asia Game Festival - Kejohanan PUBG, Konsert J-pop, Pertandingan Kosplay Dan Banyak Lagi

Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre bakal menjadi pentas utama pelbagai acara e-sukan Jun ini bersempena dengan edisi sulung Asia Games Festival anjuran Magika Pte Ltd dengan kerjasama oleh Singapore’s Cybersports & Online Gaming Association (SCOGA) dan CPL Digital Entertainment.

Acara ini akan memfokuskan kepada permainan, e-sukan, Anime dan muzik pada 9 dan 10 Jun kelak. Antara acara yang bakal dianjurkan adalah PUBG CPL Campionship dimana pasukan pasukan terbaik dari Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina bertarung menjadi yang terbaik di rantau ini.

AFG juga akal menjadi lokasi pertarungan akhir bagi pusingan kelayakan Singapura untuk permainan League of Legends bagi festival muzik dan e-sukan Hyperlay 2018

Selain daripada itu, acara ini juga akan dimeriahkan lagi dengan Campus Game Fest, pertandingan kosplay dan konsert muzik J-pop Anisonic. Pelbagai personaliti popular juga bakal hadir di acara ini seperti cosplayer Aza Miyuko (Korea Selatan), Yuegene Fay (Thailand) dan Treephob “Xyclopz’ Tiangtrong (Thailand) dan Tiffani “Babyoling” Lim (Malaysia) yang bakal menjadi pengulas di acara tersebut.

Layari : Asia Game Festival

Dikuasakan oleh Blogger.