Arena of Valor Dilaporkan Bakal Menambah Mod Permainan Battle Royale

Permainan Moba popular untuk peranti muda alih, Arena of Valor (honor of King) dilaporkan bakal menambah mod permainan Battle Royale. The Esports Observer melaporkan bahawa mod permainan tersebut telah didedahkan oleh akaun media sosial rasmi permainan itu.

Mod permainan ini akan disertakan dengan sebuah peta yang lebih besar 150 kali lebih besar berbanding permainan Moba biasa dan akan menyertakan 100 orang pemain pada satu satu masa. Misi utama mod permainan ini adalah untuk menewaskan ketua raksasa di dalamnya namun ia haya dapat dilakukan pada akhir perlawanan dimana pemain harus bertarung antara satu sama lain terlebih dahulu.

Pemilik dan pembangun permainan Arena of Valor, Tencent dilihat memberika fokus besar terhadap permainan bergenre Battle Royale kebelakangan ini. Selain daripada bekerjasama dengan Epic Games dan Bluehole (PUBG Corp), mereka turut sama telah menerbitkan permainan Battle Royale mereka sendiri.

Sumber : The Esports Observer

Dikuasakan oleh Blogger.