Aplikasi Steam Link Kini Boleh Dimuat-turun Untuk Peranti Android

Aplikasi Steam Link yang diumumkan seminggu yang lalu kini telah hadir dan boleh dimuat-turun bermula hari ini untuk peranti Android. Apliasi tersebut juga akan hadir untuk peranti iOS didalam masa terdekat ini memandangkan ia hanya perlu melepasi pengesahan oleh Appstore.

Aplikasi Steam Link merupakan sebuah aplikasi baharu yang diterbitkan oleh Valve bagi membolehkan pengguna memainkan permainan di platform Steam terus menerusi telefon pintar mereka.

Pengguna boleh bermain sekiranya memggunakan talian Wifi atau Ethernet yang sama dengan peranti komputer yang telah memasang klien Steam. Aplikasi ini juga sesuai untuk digunakan bersama dengan alat kawalan Steam (Steam Controller) dan alat kawalan MFI lainnya.

Muat-Turun : Steam Link Beta (Android)

Dikuasakan oleh Blogger.