Ada Apa Dengan Dota 2 Pro Circuit, Bakat Baharu Dan Pasukan Kelas Ketiga

Pada tahun 2015 lalu, Valve memperkenalkan sistem The Dota 2 Major Championship, sebuah siri 4 kejohanan utama bagi dunia kompetitif Dota 2. Siri ini dianjurkan mengikut musim iaitu Musim Bunga, Musim Luruh, Musim Sejuk dan berakhir dengan kejohanan terbesar, The International pada Musim Panas. 

Sistem ini kemudiannya diubah bermula pada musim 2017/2018 dengan pengenalan kepada sistem Dota 2 Pro Circuit. Melalui sistem ini, penganjur pihak ketiga diberikan hak untuk menganjurkan kejohanan bertaraf minor dan major dan Valve akan menambah hadiah menerusi penajaan rasmi daripada mereka.

Kejohanan kejohanan ini akan menawarkan mata kelayakan bagi menentukan status jemputan terus ke  kejohanan The International. Kejohanan bertaraf major menawarkan hadiah dan mata kelayakan yang lebih besar manakala kejohanan bertaraf minor menawarkan hadiah yang lebih kecil bagi membolehkan pasukan pasukan kelas pertama lebih memfokuskan kepada kejohanan bertaraf minor.

Namun sistem ini masih mempunyai kekurangan dan pasukan pasukan kelas pertama masih memilih untuk menyertai kejohanan kejohanan bertaraf minor.  Pihak penganjur juga mempunyai kepentingan mereka  sebagai organisasi untuk untung bagi menjemput pasukan terbaik bagi menarik minat peminat untuk hadir ke kejohanan anjuran mereka.

Ini menyebabkan beberapa isu timbul berkaitan dengan kelayakan pasukan pasukan yang menerima jemputan terus ke kejohanan ini. Namun begitu, antara isu yang lebih penting lagi hasil daripada sistem  yang digunakan oleh Valve ini adalah pencarian bakat baharu dan kemandirian pasukan pasukan kelas ketiga dan kebawah.

Walaupun arena kompetitif Dota 2 amat meriah penuh dengan pelbagai kejohanan dianjurkan sepanjang tahun, pasukan kelas ketiga dan pemain baharu yang mahu terjun kedalam dunia kompetitif Dota 2  mempunyai perjalanan yang amat sukar untuk memasukinya. Berbanding dengan e-sukan lainnya yang mempunyai sistem dan liga khas bagi mencari bakat baharu seperti Overwatch Contender bagi permainan Overwatch dan sistem Liga Akademi bagi permainan League of Legends, Valve tidak menyediakan sebarang liga atau kejohanan bagi pasukan pasukan mencari dan mengilap bakat bakat baharu.

Sistem kejohanan terbuka yang digunakan Valve membolehkan pasukan pasukan kelas ketiga dan kebawah mencipta kejutan namun mengorbankan kestabilan penjenamaan.  Dota 2 lebih memfokuskan kepada pemain berbanding dengan organisasi menyebabkan organisasi kurang yakin untuk melabur bagi mencari menubuhkan pasukan mahupun mencari bakat baharu.

Untuk organisasi baharu memasuki arena kompetitif Dota 2 amatlah sukar lebih lebih lagi pemain pemain lebih gemar berpindah pasukan dan memilih pemain sesama mereka berbanding dengan mencari bakat baharu. Hal ini juga menyebabkan dominasi oleh pasukan pasukan ini menyebabkan organisasi luar tidak berani untuk melabur pada dunia kompetitif Dota 2 kerana kesukaran untuk kekal relevan didalamnya.

Memfokuskan kepada pemain profesional adalah baik namun Valve dilihat harus mencari jalan bagi memberi keyakinan kepada organisasi untuk melabur di arena kompetitif Dota 2 ini. Valve juga harus memandang serius pada kemandirian pasukan kelas ketiga yang tidak mempunyai banyak pulangan dalam usaha mereka untuk mencari jalan ke aras yang lebih tinggi lagi. 

Dikuasakan oleh Blogger.