Valve Mengambil Alih Pembangun Permainan Firewatch, Campo Santo

Pembangun kepada permainan Firewatch, Campo Santo hari ini mnegesahkan bahawa mereka kini sah telah menyertai Valve. Menerusi laman blog rasmi mereka, syarikat yang berpengkalan di San Francisco ini menerangkan bahawa kesemua 12 ahli pasukan mereka akan kekal bersama dan akan terus membangunkan permainan yang sedang dibangunkan oleh mereka pada ketika ini iaitu In the Valley of Gods.

Keputusan menyertai Valve ini dibuat selepas mereka merasakan bahawa Valve dan syarikat kecil mereka mempunyai persefahaman dan niai yang serupa. Oleh yang demikian, apabila Valve mempelawa mereka untuk menyertai mereka di Bellevue, syarikat tersebut bersetuju.

Dengan penyertaan mereka ini juga, permainan permainan mereka kini adalah dibawah nama Valve. Campo Santo terkenal dengan permainan Firewatch yang dilancarkan secara rasmi pada Februari tahun 2016. Menjelang Disember tahun yang sama, permainan tersebut telah terjual melebihi 1 juta salinan.

Permainan tersebut juga telah memenangi kategori Debut Terbaik pada acara Game Developers Choice Awards 2017. Campo Santo juga menegaskan bahawa mereka akan kekal menerbitkan kandungan yang sentiasa diterbitkan mereka seperti The Quarterly Review dan pengambilalihan ini akan membantu mereka mencapai perkara yang sebelum ini mustahil dilakukan oleh syarikat kecil mereka.

Dikuasakan oleh Blogger.