Twitch Dilihat Turut Terkesan Dengan Tindakan Kerajaan Rusia Menghalang Akses Jutaan Alamat IP

Laman penstriman permainan dan e-sukan popular, Twitch dilaporkan turut sama terkesan dengan tindakan kerajaan Rusia menghalang akses kepada jutaan alamat ip dalam usaha mereka mengantung akses perkhidmatan aplikasi permesejan Telegram.

Perkara ini didapati terjadi akibat daripada kebergantungan laman web tersebut yang menggunakan servis daripada syarikat induk mereka iaitu Amazon. Sekitar 600,000 alamat IP yang terkait dengan servis Amazon dilaporkan telah dihalang akses oleh Roskomnadzor, badan kawalselia komunikasi, teknologi maklumat dan media massa di Rusia.

Pengantungan ini dilihat memberikan kesan buruk kepada laman web tersebut kerana Rusia mempunyai bilangan pengguna antara yang tertinggi bagi Twitch. Selain daripada Twitch dan Amazon, pelbagai syarikat internet dan laman web lainnya jga turut sama telah terkesan dengan perkara ini seperti Spotify, Microsoft 365, Viber Guild Wars 2, Vainglory dan Guns of Boom.

Sumber : Dot Esports

Dikuasakan oleh Blogger.