Tencent Sah Penerbit Rasmi Fortnite Di China - Bakal Melabur USD15 Juta Terhadap Aspek E-sukan Fornite Di China

Syarikat gergasi internet China, Tencent sah bakal menjadi penerbit rasmi permainan Fortnite di China. Syarikat tersebut juga dilaporkan bakal melabur sebanyak USD15 Juta (~RM58,626,000) bagi membangunkan aspek e-sukan permainan tersebut di negara tersebut.

Walaubagaimanapun, tarikh pelancaran rasmi permainan tersebut masih belum diumumkan. Ini adalah memandangkan undang undang penerbitan yang ketat terhadap permainan berunsur keganasan. Tencent yang diumumkan sebagai penerbit rasmi permainan PUBG juga sehingga kini masih belum melancarkan permainan itu di China kerana dikhabarkan masih belum menerima kelulusan dari kerajaan.

Walaupun telah menjadi penerbit bagi permainan PUBG, keputusan Epic Games memilih Tencent sebagai penerbit rasmi mereka di China telah dijangka kerana Tencent sendiri memiliki pegangan sehingga 40% didalam syarikat yang memangunkan permainan itu iaitu Epic Games.

Bersempena dengan pengumuman ini juga, pemain dari China dilaporkan bakal menerima item item khas jika melakukan pra-tempah permainan tersebut. Pemain juga boleh mensegerakkan data permainan mereka ke pelayan domestik selepas ini.

Dengan kejayaan PUBG di negara tersebut yang menarik jutaan pemain, Epic Games sudah tentu tidak mahu ketinggalan menempa nama di pasaran utama tersebut. 



Sumber : PC Gamer

Dikuasakan oleh Blogger.