Team Secret Tubuh Pasukan Fortnite Battle Royale

Selepas mengumumkan penubuhan pasukan bagi permainan PUBG dan permainan mudah alih Rules of Survival pada pertengahan Mac lalu, Team Secret kini dilihat meluaskan lagi kehadiran mereka di dalam arena e-sukan dengan menubuhkan sebuah pasukan bagi permainan bergenre battle-royale iaitu Fortnite.

Walaupun arena kompetitif Fortnite boleh dikatakan masih mentah dan tidak meluas pada ketika ini berbanding dengan PUBG , Team Secret dilihat yakin dengan masa depan permainan bergenre battle-royale itu. Berikut merupakan barisan pemain bagi pasukan Fortnite Team Secret:

  • Mats “Sak0ner” Sørum 
  • Kyle “Mongraal” Jackson
  • Domeniks “Domentos” Bunts
  • Michael “VNHL” Gustad

Dikuasakan oleh Blogger.