Taco Dilihat Bakal Mengantikan Steel Di Team Liquid

Selepas meninggalkan pasukan SK Gaming pada 22 Mac lalu, Epitácio "TACO" de Melo kini dilihat bakal menyertai Team Liquid dan mengantikan posisi Lucas "steel" Lopes. Beliau kini telah disenaraikan sebagai pemain bagi pasukan itu pada laman rasmi kejohanan ESEA.

Beliau sebelum ini menyatakan bahawa beliau mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada pasukan SK Gaming kerana beliau tidak lagi gembira untuk bermain dan tekanan yang dihadapi beliau terlalu berat memaksa beliau mengambil keputusan tersebut.

Posisi beliau di pasukan SK Gaming sendiri sudah diisi oleh Jacky "Stewie2K" Yip yang berpindah daripada pasukan Cloud9. Bagi steel pula, tidak dipastikan apakah nasib beliau pada ketika ini. Team Liquid pada ketika ini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengan pertukaran pemain ini.

Dikuasakan oleh Blogger.