Skuad CSGO, FIFA 18 dan League of Legends Fire Dragoon Turut Sama Berpindah Sertai FrostFire

Selepas mengumumkan pencarian pemain bagi pasukan Mobile Legends baharu mereka beberapa hari lepas, FrostFire kini mengesahkan bahawa skuad Counter Strike : Global Offensive, FIFA 18 dan League of Legends bagi organisasi Fire Dragoon akan turut sama menyertai organisasi baharu itu.

Perpindahan pasukan pasukan ini memberikan nafas lega kepada para peminat dan penyokong organisasi Fire Dragoon selepas pengumuman pembubaran organisasi tersebut awal bulan lalu. FrostFire bagaimanapun menegaskan bahawa penubuhan dan perpindahan pasukan pasukan ini bukanlah hanya sekadar pertukaran nama sepertimana yang diperkatakan ramai.

Bagi menyangkal perkara ini, CEO FrostFire, Fire Kam telah memuatnaik sebuah video menjelaskan sebab sebab penubuhan organisasi baharu ini terjadi. Menerusi video tersebut, sebab utama yang dijelaskan adalah perbezaan hala tuju diantara rakan kongsi Fire Dragoon. Akibat daripada tiada persetujuan diantara mereka, ia menganggu operasi organisasi tersebut sehingga akhirnya memaksa ia dibubarkan.

Dengan penubuhan FrostFire ini, visi dan hala tuju organisasi baharu ini dapat diselaraskan dan FrostFire sendiri yakin bahawa mereka mampu membangun dengan lebih pantas lagi selepas ini dan menjadi organisasi e-sukan ternama di negara ini dan di peringkat antarabangsa.

Dikuasakan oleh Blogger.