Rampage Gaming Umum Barisan Pemain Untuk Pasukan COD Mereka

Rampage Gaming, pasukan Call of Duty profesional berpengkalan di Malaysia, semalam telah mengumumkan barisan pemain terbaru pasukan itu. Barisan pemain terbaru ini dibarisi oleh bekas pemain pasukan Unveil Nova yang berpengkalan di Singapura termasuklah Abdul Hakiem "RanGer" Tajudin, Sean "Sean" Wong Sui Sheng dan Koh "Xenon" Yue Wen.

Melengkapkan pasukan tersebut adalah pemenang Juan "Axis" Miguel. Pasukan ini akan mulai bertanding pada pusingan kelayakan Call of Duty World War II 2018 Asia Championship di Kuala Lmpur bagi mendapatkan tiket untuk menyertai kejohanan MLG Anaheim di California, USA.


Dikuasakan oleh Blogger.