Piala Dunia Arena of Valor Tawar Hadiah Keseluruhan Melebihi RM2 Juta

Kejohanan Piala Dunia Arena of Valor (Arena of Valor World Cup - AWC) didedahkan bakal menawar hadiah keseluruhan berjumlah USD550,000 (~RM2,136,860). Jumlah tersebut merupakan yang terbesar bagi kejohanan e-sukan mudah alih mengatasi rekod jumlah USD500,000 yang turut sama ditawarkan oleh AoV pada kejohanan AoV International Championship di AIC 2017.

Kejohanan piala dunia ini akan berlangsung pada bulan Julai kelak dengan melibatkan 12 pasukan terbaik dari seluruh dunia. 12 pasukan ini akan diisi oleh 9 rantau kompetitif utama AoV iaitu Taiwan/Hong Kong/Macau, Thailand, Vietnam, Indonesia, Singapura/Malaysia/Filipina, Korea, Eropah, Amerika Utara, dan Amerika Selatan.

Bagi rantau Malaysia, Singapra dan Filipina (MSP), 4 pasukan terbaik Valor Cup Musim kedua akan dijemput bertanding dengan 4 pasukan terbaik Valor Cup Musim Pertama yang baru sahaja berakhir iaitu Clutch Guild, Wil New Era, M8Hexa.PenangFood dan Tamago. Pertarungan lapan pasukan ini akan digelar sebagai Road to AWC 2018 dimana juara keseluruhan akan menerima tiket ke Piala Dunia AoV.

Los Angeles akan menjadi tuan rumah penganjuran kali ini yang memperlihatkan beberapa anugerah khas akan turut sama dipersembahkan pada acara tersebut. Antara anugerah tersebut adalah Pemain Paling Kreatif, Pemain Terbaik, Pemain Sokongan Terbaik dan Pasukan Paling Kreatif.


Dikuasakan oleh Blogger.