Pendaftaran Bagi Siri Ke-4 MSI Grand League Telah Dibuka - Siri Kejohanan E-sukan Dengan Hadiah Sebesar RM100,000

MSI Grand League, siri 5 kejohanan e-sukan dengan hadiah sebesar RM100,000 bakal melangsungkan edisi ke-4 mereka bermula pada 7 April ini. Sepertimana sebelum ini, ia mempertandingkan beberapa e-sukan popular seperti Dota 2, League of Legends, CS:GO dan Street Fighter V.

Sesi kelayakan akan diadakan bermula 7 April ini sehinggalah 22 April kelak. Peringkat separuh akhir  dan akhir pula akan diadakan pada 28 dan 29 April bertempat di kedai MSI terbesar di dunia iaitu MSI Concept Store di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ini merupakan edisi kedua terakhir sebelum tamatnya siri MSI Grand League ini. Edisi terakhir siri ini akan diadakan pada bulan Mei kelak yang akan mempertandingkan permainan yang sama. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan berikut:

Dota 2 : Daftar

LoL : Daftar

CS:GO : Daftar

Street Fighter : Daftar

Dikuasakan oleh Blogger.