Paris Saint-Germain Menyertai Arena Kompetitif Dota 2 - Umum Kerjasama Dengan LGD Gaming

Pasukan LGD Gaming kini bakal menyarung jersi kelab bolasepak ternama Paris Saint-Germain selepas kerjasama antara kedua entiti tersebut diumumkan secara rasminya hari ini di Shanghai. Paris Saint-Germain bukanlah nama yang asing lagi di arena e-sukan kerana kelab bolasepak itu merupakan antara kelab sukan tradisional terawall yang menubuhkan nit e-sukan tersendiri mereka.

Kelab tersebut mulai meneroka arena e-sukan bermula pada tahun 2016 dengan mengambil bekas pemain League of Legends popular iaitu Bora "YellOwStaR" Kim sebagai ketua unit e-sukan mereka. Pada penghujung tahun 2016 dan awal tahun 2017, kelab tersebut juga telah mengambil alih pasukan Huma bagi European League of Legends Challenger Series Musim Bunga 2017.

Kini, kelab tersebut mempunyai pasukan FIFA 18 dan Rocket League dibawah kendalian mereka. Kerjasama mereka dengan pasukan Dota 2 LGD Gaming ini juga memperlihatkan buat pertama kalinya sebuah kelab bolasepak Eropah memasuki arena kompetitif Dota 2. LGD Gaming merupakan salah sebuah organisasi ternama di China yang mempunyai pasukan dalam beberapa permainan e-sukan utama dan pasukan Dota 2 mereka telah melayakkan diri ke kejohanan The International dari tahun 2012 sehingga kini.

Pasukan Dota 2 LGD Gaming terdiri daripada Wang ‘Ame‘ Chunyu, Lu ‘Maybe‘ Yao, Yang ‘Chalice‘ Shenyi, Xu ‘Fy‘ Linsen dan pemain dari Malaysia Jian Wei ‘xNova‘ Yap. Pasukan tersebut kini akan menyarung jersi PSG bermula pada kejohanan Epicenter XL, 27 April ini di Moscow dan bertkar nama kepada PSG.LGD.

Dikuasakan oleh Blogger.