Paparazi Kekal Gelaran Juara Pertandingan Solo Dota 2 Asia Championship

Pemain carry bagi pasukan Vici Gaming, Zhang "Paparazi" Chengjun sekali lagi di julang sebagai juara pertandingan solo kejohanan Dota 2 Asia Championship bagi tahun kedua berturut turut.

Pada perlawanan akhir pertandingan tersebut, Paparazi bertemu dengan pemain mid bagi pasukan Secret, Yeik "MidOne" Nai Zheng selepas menewaskan Sylar dan Maybe pada peringkat suku dan separuh akhir. Midone pula menewaskan Miracle dan Sumail sebelum tiba di perlawanan akhir tersebut.

Perlawanan akhir tersebut berakhir dengan keputusan 2-0 memihak kepada Paparazi. Kedua dua pusingan dipertandingkan mengunakan Shadow Fiend sebagai hero pilihan.

Pusingan pertama memperlihatkan Paparazi menguasai perlawanan sepenuhnya dan memenanginya dengan memperoleh 2 kill. Pusingan kedua pula berlangsung dengan lebih sengit apabila Midone berjaya memperoleh kill terlebih dahulu sebelum Paparazi bangkit untuk membunuh hero Midone sebanyak dua kali mengesahkan kejuaraan beliau sekali lagi.

Dikuasakan oleh Blogger.