Organisasi Fire Dragoon Umum Pembubaran Mengejut

Pada penghujung bulan Mac lalu, Fire Dragoon mengumumkan pembubaran pasukan Dota 2 mereka selepas 3 pemain meinggalkan pasukan itu. Namun organisasi itu masih lagi tampak kuat dengan penubuhan pasukan Arena of Valor mereka dan prestasi pasukan League of Legends yang berjaya menamatkan split pertama di tempat kedua Liga LoL Championship Malaysia 2018.

Malah, organisasi itu turut sama membuka permohonan bagi mencari bakat baru untuk menyertai pasukan League of Legends mereka. Kini, secara mengejut, organisasi tersebut mengumumkan bahawa mereka akan berhenti beroperasi dan dibubarkan berkuatkuasa serta merta.

Selepas setahun ditubuhkan, organisasi tersebut boleh dikatakan meningkat dengan kadar yang amat pantas dan nama mereka bukanlah asing lagi bagi para peminat esukan di negara ini. Pengumuman pembubaran itu mengejutkan banyak pihak namun pihak pengurusan Fire Dragoon mengesahkan bahawa mereka tidak mengabaikan pemain pemain mereka dan telah mengambil tindakan untuk memastikan masa depan mereka terus terjaga.

Permohonan bagi menyertai pasukan League of Legends mereka juga masih dibuka dan pasukan itu masih bersama dan bekerja keras bagi mempersiapkan diri untuk split kedua Liga LCM 2018 Musim Panas nanti. Namun begitu, pasukan itu akan bermain dibawah organisasi lain selepas ini. Diharap pembubaran Fire Dragoon ini tidak membantutkan arena e-sukan tempatan dan penganti mereka akan muncul mengisi kekosongan yang ditinggalkan organisasi tersebut.

Dikuasakan oleh Blogger.