Orange Esports Cafe Tawar Masa Bermain Percuma Bagi Ahli Yang Keluar Mengundi

Bersempena dengan pilihanraya umum yang bakal berlangsung pada 9 Mei ini, rangkaian kafe siber popular, Orange Esports Cafe kini menawarkan masa bermain percuma bagi ahli ahli mereka yang keluar mengundi.

Orange Esports Cafe juga dilihat bakal menayangkan sesi kiraan undi dan berita berkaitan dengan pilihan raya di kesemua kafe siber milik mereka. Bagi mereka yang sudah menjadi ahli, anda hanya perlu menunjukkan jari anda yang telah ditanda dengan dakwat dan mengisi borang yang disedia. Anda kemudiannya akan diberikan masa bermain percuma selama 1 jam.

Promosi bersempena pilihan raya ini boleh digunakan di kesemua kafe siber Orange Esports di serata Malaysia. Jadi tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai pengundi dan nikmati masa bermain percuma kemudiannya. #Undilah

 

Dikuasakan oleh Blogger.