Olofmeister Umum Berehat Dari Kompetitif Kerana Masalah Peribadi

Pasukan FaZe Clan bakal bermain dengan pemain gantian apabila Olof "olofmeister" Kajbjer Gustafsson diumumkan akan berehat dari dunia kompetitif CS:GO buat sementara waktu kerana mempunyai isu peribadi.

Mengantikan beliau adalah Richard "Xizt" Landström yang sebelum ini bermain bagi pasukan Ninjas in Pyjamas. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh FaZe Clan, tiada jangkaan masa bagi menentukan kembalinya olofmeister dan beliau hanya akan kembali selepas beliau bersedia 100% untuk kembali bermain.

Olofmeister meninggalkan pasukan Fnatic untuk menyertai FaZe Clan pada bulan Ogos tahun lalu dan semenjak daripada itu, pasukan tersebut telah mempamerkan prestasi cemerlang dan memenangi beberapa kejohanan seperti ESL One: New York 2017, ELEAGUE CS:GO Premier 2017 dan Esports Championship Series Musim Ke-4. 


Dikuasakan oleh Blogger.