Ohaiyo dan Yamateh Dilihat Bermain Bersama Chuan Dibawah Pasukan Echo International

Bekas pemain pasukan Fnatic dan LGD.Forever Young, Khoo "Ohaiyo" Chong Xin dilihat telah menyertai pusingan kelayakan terbuka PGL China Supermajor bersama sama pasukan Echo International. Echo international merupakan sebuah pasukan baharu yang diumumkan pada tetingkap pertukaran pemain awal tahun lalu.

Semasa diperkenalkan, pasukan Echo International dibarisi oleh Wong "ChuaN" Hock Chuan, Lee "Forev" Sang-don, Anathan "ana" Pham, Martin "Saksa" Sazdov dan Greg "Keyser" Kallianiotis. Namun ana, Saksa, Forev dan Keyser dilihat telah meninggalkan pasukan tersebut.

Di pusingan kelayakan terbuka China Supermajor, pasukan ini dibarisi oleh Chuan, Ohaiyo, Ng "YamateH" Wei Poong, Timothy 'tmt" Ong dan Hiew Teck "AlaCrity" Yoong. Namun begitu, pasukan Echo International telah tersingkir daripada pusingan kelayakan tersebut selepas tewas kepada pasukan TaskUS Titan dari Filipina.

Bagi Ana dan Forev pula, kedua dua orang pemain tersebut dilihat kini bermain dibawah nama Echo Poggers pada pusingan kelayakan yang sama. Pasukan tersebut juga dilihat dibarisi oleh beberapa orang pemain berasal dari China. Pada ketika ini, tiada sebarang pengumuman rasmi dari organisasi Echo mengenai pasukan pasukan ini.

Dikuasakan oleh Blogger.