Mineski, Team Liquid dan Vici Gaming Melengkapkan Senarai Pasukan Jemputan ESL One Birmingham 2018

Juara Dota 2 Asia Championship 2018, pasukan Mineski beserta Team Liquid dan Vici Gaming melengkapkan senarai 6 pasukan jemputan bagi kejohanan ESL One Birmingham. Ketiga tiga pasukan itu akan menyertai tiga lagi pasukan yang telah menerima jemputan pada penhujung bulan Mac lalu iaitu Newbee, Evil Geniuses dan Virtus.Pro.

ESL One Birmingham akan diadakan di Arena Birmingham pada 23 sehingga 27 May kelak melibatkan 12 pasukan terbaik dari seluruh dunia. Ini merupakan kejohanan ESL One pertama yang bakal dianjurkan di nited Kingdom. Ia  bakal menawaran hadiah sebesar USD1,000,000 dan 1500 mata kelayakan DPC.

ESL One Birmingham juga bakal menjadi kejohanan kedua terahir bagi Dota 2 Pro Circuit. Ia bakal berlangsung sebelum kejohanan Suppermajor di Shanghai diadakan bagi mengakhiri musim kompetitif 2017/2018.

Dikuasakan oleh Blogger.