Mahkamah Tinggi Australia Tolak Rayuan Valve Tentang Denda ~RM8.9 Juta Oleh ACCC

Tahun lalu, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) telah mengarahkan Valve untuk membayar denda sebanyak  AUD3 Juta  (~RM8,974,050) selepas mendapati syarikat tersebut melanggar undang undang pengguna Australia.

Kes tersebut bermula apabila pengguna Steam di negara tersebut telah memfailkan rungutan kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) kerana pada ketika itu, mereka tidak menawarkan bayaran semula (refund) kepada pengguna di negara tersebut. 

Valve telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan Australia sebelum ini namun ianya telah ditolak. Valve sekali lagi mengemukakan rayuan kali ini kepada Mahkamah Tinggi Australia namun ia sekali lagi telah ditolak dan pembangun permainan tersebut kini perlu membayar denda tersebut.

Selain daripada denda tersebut, Valve juga perlu melaksakan beberapa perkara lainnya seperti berikut :

  • Memaparkan hak pengguna Australia pada laman web mereka selama 12 bulan,
  • mengimplimentasikan program pematuhan pengguna untuk sistem dan staf mereka,
  • tidak melakukan representasi yang sama kepada pengguna Australia selama 3 tahun.
Dikuasakan oleh Blogger.