Liga Overwatch Memperkenalkan Pas All-Access Bagi Laman Penstriman Twitch

Liga Overwatch dan laman penstriman Twitch sudah berkerjasama memperkenalkan pelbagai fungsi khas bagi menambah pengalaman menonton yang baik semasa siaran langsung perlawanan liga tersebut berlangsung. Kini, mereka sekali lagi memperkenalkan sesuatu yang baru bagi para peminat iaitu pas All-Access.

Pas akses penuh ini akan membolehkan pembeli menerima pengalaman menonton premium dan akses kepada perkara di sebalik tabir liga Overwatch. Pertama sekali, dengan membeli pas berharga USD29.99 (~RMRM122.02) ini, ia akan memberikan akses kepada Overwatch League Command Center (Pusat Kawalan Liga Overwatch) iaitu strim rasmi kedua dimana yang mengandungi sudut kamera alternatif bagi perlawanan perlawanan, kamera di belakang pentas, sudut pandang pemain (pov) dan statistik masa-nyata.

Pembeli juga akan memperoleh akses kepada video atas permintaan (vod) bagi perkara disebalik tabir dan video analisis daripada para pemain Liga Overwatch yang digelar sebagai Behind The Screen. Selain daripada itu, akses kepada sesi pertanyaan soalan, Match Day AMA selepas tamatnya perlawanan.

Bagi menyambut pelancaran pas ini, akses kepada Command Center, Behind The Screen dan Match Day AMA adalah percuma sehingga 15 Mei kelak. Selain daripada kandungan dari Liga Overwatch, pembeli juga akan memperoleh emote khas untuk laman Twitch, lencana chat khas, ikon pelangan dan bilik chat khas.

Akhir sekali, pas ini juga akan memberikan item didalam permainan Overwatch sendiri berupa skin khas, ikon pemain dan in-game spray. Pas ini akan sah sehingga tamatnya musim Liga Overwatch tahun ini.

Dikuasakan oleh Blogger.