Kenyalang Esports TTT Dilancarkan Jadi Tonggak Pembangunan E-sukan Negeri Sarawak

YB Encik Fazzrudin Bin Haji Abdul Rahman, mewakili Pembantu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan ePerdagangan Sarawak, baru baru ini di Kompleks Belia dan Sukan Kuching telah melancarkan Kenyalang Esports Tournament, Training & Trade (KES3T), sebuah platform baharu bagi menerajui pembangunan e-sukan di negeri Sarawak.

Bagi memperkuatkan lagi industri e-sukan di negeri tersebut, KES3T telah dan akan bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan ePerdagangan (MITEC), Esports Malaysia (ESM), NGO tempatan, Telekom Malaysia (Unifi) dan kelab kelab e-sukan di negeri tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, mereka menyatakan bahawa misi mereka adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang aktiviti permainan sihat, mencari bakat baru yang mampu mewakili negara, membekalkan latihan dan menganjurkan lebih banyak kejohanan e-sukan di negeri Sarawak.

Dengan penubuhan KES3T ini, diharapkan agar ia mampu  membuka jalan bagi mempercepatkan perkembangan industri e-sukan negeri Sarawak dan menjadi contoh kepada negeri negeri lain untuk turut sama membangunkan e-sukan di negeri masing masing. 


Sumber : KES3T


Dikuasakan oleh Blogger.