KBS Rancang Tambah Acara E-sukan Pada Temasya SUKMA Akan Datang

Penghujung tahun lalu, Majlis Sukan Negara dilaporkan akan menubuhkan unit sukan elektronik bagi mempersiapkan negara menjelang Sukan Asia 2022. Ini adalah kerana buat pertama kalinya e-sukan akan dipertandingkan di kejohanan tersebut.

Kini, Free Malaysia Today melaporkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menyelaraskan e-sukan bagi membolehkan acara e-sukan ditambah ke dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma). Menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin berkata bahawa pelan jangka pendek dan panjang sedang diusahakan bagi melatih atlet e-sukan di negara ini.

Pelbagai acara e-sukan juga akan diadakan di peringkat kebangsaan termasuklah acara Sukma pada masa akan datang. Unit e-sukan Majlis Sukan Negara juga akan bekerjasama dengan kesatuan e-sukan di seluruh Malaysia bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan di dalam arena e-sukan yang pesat membangun kebelakangan ini.

Sumber : Free Malaysia Today


Dikuasakan oleh Blogger.