Geek Arena - Arena E-sukan Dari Geek Fam Bakal Dilancarkan 13 April Ini

Semenjak ditubuhkan pada tahun 2016 lalu, Geek Fam merupakan salah sebuah organisasi e-sukan yang boleh dikatakan berjaya di negara kita. Walaupun belum memperoleh kejayaan besar di peringkat antarabangsa,  mereka cekal berada di barisan hadapan arena e-sukan tempatan berusaha untuk terus mengejar kejayaan dan wajar dijadikan contoh pihak pihak lain yang mahu menapak di industri e-sukan tempatan.

Kini, maju selangkah lagi kehadapan, mereka kini mengumumkan penubuhan Geek Arena, pusat e-sukan tersendiri mereka di bandaraya Kuala Lumpur iaitu di pusat membeli belah Lot 10. Beberapa pusat e-sukan telah ditubuhkan kebelakangan ini termasuklah The Pantheon, Battle Arena dan Geek Fam tidak mahu ketinggalan menambah sebuah lagi pilihan kepada para peminat e-sukan tempatan untuk bersama sama berkumpul dan meluangkan masa bermain atau menonton acara e-sukan.

Geek Arena akan mula beroperasi dengan pelancaran lunak pada 13 sehingga 15 April ini. Pelbagai aktiviti akan dijalankan bagi menyambut pelancaran arena e-sukan terbaru ini termasuklah kejohanan PlayerUnknown's Battleground (PUBG)  dan pertandingan permainan konsol Playstation 4. Para pelawat juga berpeluang untuk bertemu dengan para pemain dari organisasi tresebut sepanjang berlangsungnya acara pelancaran lunak ini dijalankan.

Layari : FB Pages - Geek Arena


**Glosari

Pelancaran lunak : Soft launch

Dikuasakan oleh Blogger.