Game and Anime Expo 2018 Akan Kembali Jun Ini Di Berjaya Times Square

Comic Fiestar, Genysis Cyber E-sport dan The Game Plan hari ini mengumumkan kembalinya acara Expo Permainan dan Anime 2018 (Game and Anime Expo 2018) yang bakal diadakan pada bulan Jun kelak. Ia sekali lagi akan diadakan di Berjaya Times Square, Bukit Bintang dengan menjanjikan acara yang lebih besar dan hebat berbanding tahun sebelumnya.

Expo tersebut bakal  dianjuran selama dua hari iaitu pada  23 dan 24 Jun kelak. Pada ketika ini, aturcara dan maklumat lengkap expo ini masih lagi belum didedahkan dan hanya akan diumumkan pada bulan bulan mendatang ini. Pada anjuran tahun lalu, expo tersebut telah menarik lebih 5,000 pengunjung untuk hadir turut serta didalam perlbagai acara yang ditawarkan.

Antaranya adalah acara pertandingan permainan GAX 2017 Mobile Legends, Flash Vision Cup Road to EVO dan Overwatch Ace Series. Pelbagai hasil seni artis tempatan turut sama dipaparkan pada expo tersebut. Para peminat anime juga tidak kurang teruja dengan persembahan cosplay termasuklah persembahan istimewa oleh Kazumi Noomi.

Dikuasakan oleh Blogger.