FrostFire Buka Permohonan Untuk Sertai Pasukan Mobile Legends Baharu Mereka

ForstFire, organisasi e-esukan yang baru sahaja ditubuhkan oleh bekas CEO Fire Dragoon kini membuka permohonan untuk menyertai pasukan Mobile Legends: Bang Bang! organisasi tersebut.

FrostFire pada ketika ini sudah mempunyai sebuah pasukan Arena of Valor  bagi divisyen permainan mudah alih mereka. Pasukan tersebut yang pada asalnya bermain untuk Fire Dragoon turut sama berpindah ke organisasi baharu ini.

Dengan pengumuman ini, FrostFire dilihat mahu mengembangkan lagi divisyen permainan mudah alih mereka seperti yang diumumkan semasa organisasi tersebut didedahkan. Selain daripada Mobile Legends, FrostFire turut sama memperlihatkan minat untuk mewujudkan pasukan bagi beberapa permainan lain seperti PlayerUnknown's Battlegrounds, Fortnite, Street Fighter V, Tekken 7 dan Clash Royale.

Bagi anda pemain permainan Mobile Legends dengan ranking Legend 1 yang berminat untuk mencuba menyertai pasukan FrostFire, jangan lupa untuk mendaftar sebelum berakhirnya bulan April ini pada pautan yang disediakan.


Layari : Permohonan MLBB FrostFire

Dikuasakan oleh Blogger.