Esports Malaysia Cari Pemain Untuk Wakili Negara Di China Esports Games 2018

Berminat untuk mewakili negara? Esports Malaysia dan Majlis Sukan Kebangsaan bakal melancarkan National Esports Team Selection 2018 bagi mencari pemain untuk mewakili Malaysia di kejohanan China Esports Games 2018.

Proses pemilihan ini akan melibatkan dua jenis permainan iaitu FIFA 18 dan juga Counter Strike Global Offensive. Ia akan diadakan di Orange eSports Stadium, Setapak, Kuala Lumpur pada 14 April ini.  Pemain yang terpilih akan mewakili Malaysia di kejohanan China Esports Games 2018 yang akan berlangsung pada 29 April sehingga 1 Mei kelak di Tai Cang, Jiangsu, China.

Para pemain juga akan ditaja sepenuhnya oleh Esports Malaysia termasuklah bagi pengankutan dan tempat tinggal sepanjang mereka bertanding kelak. 

Layari : Esports Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.