Dota 7.14 - TerrorBlade, Witch Doctor Antara Hero Yang Menerima Nerf

Kemaskini dwimingguan Dota 2 tiba semalam memperlihatkan kesemua watak hero Dota 2 kini boleh dimainkan pada mod kapten dengan penambahan Techies ke dalam mod tersebut. Beberapa hero turut menerima nerf seperti Witch Doctor yang kini mempunyai masa aktif semula bagi abiliti Maledict sebanyak 50 saat berbanding 20 saat sebelum ini.

Abiliti Sunder bagi Terrorblade pula kini diubah meninggalkan nyawa sasaran daripada 25% kepada 35/30/25%. Jarak sasaran juga kini dikurangkan sebanyak 75 menjadi 475. Beberapa hero popular bagi posisi support lainnya juga menerima nerf seperti Tusk dan Underlord.

Bagi item pula, kos mana bagi Forcestaff kini meningkat daripada 25 kepada 100. Kadar pemulihan nyawa yang diberikan item tersebut juga dikurangkan daripada 5 kepada 2. Bagi Mango pula, item tersebut kini dijual pada harga diskaun iaitu 70 emas. Kemaskini penuh 7.14 ini boleh diakses pada laman web rasmi Dota 2.

Dikuasakan oleh Blogger.