Dota 2 - Kemaskini Dwimingguan Seterusnya Akan Ditangguhkan Jika Bertindih Dengan Kejohanan Major

Dua hari lalu kemaskini 7.14 tiba bagi permainan Dota 2. Namun begitu, komuniti dan pemain profesional kemudiannya lantang mengkritik pelepasan kemaskini tersebut kerana ia berlaku sehari sebelum bermulanya kejohanan bertaraf major iaitu Epicenter XL.

Dengan hadiah sebesar USD1,000,000 dan 1500 mata DPC menjadi taruhan, kemaskini yang hadir ini menyebabkan persediaan pasukan bertanding kini sia sia kerana terpaksa mempelajari meta terbaru permainan. Stategi yang dilatih menjelang kejohanan ini kini mungkin lagi tidak berkesan kerana perubahan perubahan yang hadir bersama sama dengan kemaskini tersebut.


Mendengar maklumbalas komuniti, pembangun Dota 2 hari ini menerusi laman Twitter mereka mengumumkan bahawa jika terdapat kemaskini dwimingguan baharu selepas ini yang bertindih dengan acara kejohanan bertaraf major, kemaskini tersebut akan dilancarkan selepas tamatnya kejohanan major tersebut.


Dikuasakan oleh Blogger.