CS:GO Asia Championships (CAC 2018) Diumumkan - Tawar Hadiah Lebih RM1 Juta

Perfect World dan PGL bakal bekerjasama menganjurkan kejohanan CS:GO Asia Championships (CAC 2018) di Shanghai yang dijangka bakal berlangsung pada bulan Jun kelak. Ia diumumkan sejurus tamatnya kejohanan CS:GO Asia Summit (CAS) semalam yang menyaksikan pasukan MVP.PK memenangi kejohanan tersebut menewaskan pasukan Grayhound.

Sebagai juara CAS, juga MVP.PK secara rasminya melayakkan diri ke kejohanan CS:GO Asia Championships. Kejohanan ini akan menyaksikan 8 pasukan terbaik bertarung bagi merebut hadiah sebesar USD300,000 (~RM1,159,170).

Pasukan Natus Vincere menjadi pasukan pertama dijemput menyertai kejohanan ini. Maklumat lanjut mengenai tarikh dan perincian lainnya akan diumumkan pada masa akan datang.

Sumber : HLTV

Dikuasakan oleh Blogger.