Cloud9 Kehilangan Dua Orang Pemain - Skadoodle Berehat Dan Stewie Ke SK Gaming

Pasukan Cloud9 kehilangan dua orang pemain mereka apabila Tyler "Skadoodle" Latham dan Jacky "Stewie2K" Yip meninggalkan pasukan itu. Skadoodile mengumumkan bahawa beliau kini tidak lagi menjadi ahli aktif pasukan tersebut manakala Stewie mengumumkan perpindahan kepada pasukan SK Gaming.

Stewie akan bermain sebagai rifler terbaru pasukan itu mengantikan Epitácio "TACO" de Melo yang meninggalkan pasukan SK Gaming pada 23 April lalu. Walaupun beliau baru sahaja menandatangi kontrak terbaru bagi jangka masa berbilang tahun beberapa bulan yang lalu, organisasi Cloud9 bersetuju dengan permintaan belia untuk bertukar pasukan.

Pertukaran ini menyebabkan sedikit kejutan kepada para peminat kerana prestasi pasukan itu tidaklah teruk kebelakangan ini. Pasukan itu ahkan telah menjuarai kejohanan ELEAGUE Major: Boston 2018 pada akhir bulan Januari lalu. Cloud9 dalam pada masa yang sama masih beluum mengumumkan penganti kepada kedua dua orang pemain ini.

Cloud9 CSGO:

  • Timothy "autimatic" Ta
  • Will "RUSH" Wierzba
  • Tarik "tarik" Celik
  • Soham "valens" Chowdhury  (Jurulatih)


Dikuasakan oleh Blogger.