Call of Duty World War II 2018 Asia Championship Tiba Mei Ini - Tawar Hadiah Sebesar RM77,000

Battle Arena, Kuala Lumpur bakal menjadi pentas pertarungan bagi kejohanan Call of Duty World War II 2018 Asia Championship anjuran Major League Gaming (MLG). Percuma untuk disertai, kejohanan tersebut bakal menawarkan hadiah sebesar USD20,000 (~RM77,000).

Kejohanan ini akan mempertandingkan versi Playstation  dan terbuka kepada peserta dari Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Indonesia, Thailand dan Malaysia. Pusingan kelayakan akan diadakan pada 14 dan 15 April ini secara  atas talian.

Empat pasukan terbaik kemudiannya akan diterbangkan ke Malaysia agi pusingan playoff bertempat di Battle Arena. Pusingan playoff tersebut akan berlangsung pada 12 Mei kelak. Selain daripada hadiah wang tunai, pemenang juga akan memperoleh tiket untuk menyertai kejohanan CWL Anaheim.

CWL Anaheim akan berlangsung pada bulan Jun kelak menawarkan hadiah sebesar USD200,000 (~RM772,000). Ia juga mempertaruhkan 25,000 mata Pro Point Series untuk direbut pasukan pasukan terbaik dari seluruh dunia.

Dikuasakan oleh Blogger.