Boston Uprising Tamatkan Kontrak DreamKazper Selepas Tuduhan Salahlaku Seksual Keatas Gadis Bawah Umur

Pemain bagi pasukan Boston Uprising, Jonathan "DreamKazper" Sanchez yang berumur 21 tahun, secara rasminya telah ditamatkan kontrak oleh pasukan tersebut selepas dituduh melakukan salahlaku seksual bawah umur terhadap beberapa orang gadis.

Seorang gadis berumur 14 tahun telah mengeluarkan kenyataan menuduh DreamKazper memaksa beliau menghantar gambar bogel dan melakukan aktiviti lucah menerusi aplikasi FaceTime walalupun mengetahui beliau merupakan gadis dibawah umur.


Gadis tersebut juga memuatnaik butiran lengkap mengenai pertuduhan tersebut beserta dengan rakaman skrin perbualan beliau bersama DreamKazper. Seoranglagi  gadis berumur 16 tahun yang tidak mahu namanya didedahkan turut sama menuduh DreamKazper cuuba untuk mendapatkan gambar bogel beliau.

Menurutnya, DreamKazper telah membelikannya tiket penerbangan ke California bagi bertemunya. Namun selepas gadis tersebut membatalkan rancangan tersebut, DreamKazper dilaporkan telah meminta gambar bogel sebagai gantinya.

Pada ketika ini, Boston Uprising dan Liga Overwatch masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menegnai pertuduhan ini. Ini bukanlah kali pertama Liga Overwatch dilanda kontroversi walaupun liga tersebut baru berlangsung selama 4 bulan. Dengan liga dan permainan Overwatch yang mempunyai ramai pemain, penonton dan peminat remaja dan kanak kanak, isu isu seperti ini adalah amat membimbangkan.

Walaupun mempunyai peraturan yang lebih ketat berbanding dengan e-sukan lainnya, ia iliaht tidak menghalang Liga Overwatch daripada dilanda kontroversi. Blizzard dilihat harus melakukan sesuatu bagi memperbaiki imej liga tersebut yang semakin hari semakin buruk.

Dikuasakan oleh Blogger.