Astralis Benam NA'Vi di Perlawanan Akhir DreamHack Masters Marseille 2018

Pasukan Astralis menguasai sepenuhnya kejohanan DreamHack Masters Marseille 2018 dengan hanya tewas pada sebuah peta sahaja sepanjang kejohanan tersebut berlangsung. Astralis muncul juara kejohanan tersebut menewaskan pasukan Na'Vi pada perlawanan akhir yang berlangsung semalam.

Pasukan dari Denmark itu membuktikan mereka adalah pasukan terbaik pada ketika ini dengan menewaskan kesemua lawan mereka di pusingan playoff dengan keputusan bersih 2-0. Pasukan itu membawa pulang hadiah sebesar USD100,000 sebagai juara keseluruhan kejohanan. Kejuaraan ini juga memberikan mereka gelaran pertama untuk Intel Grand Slam memandangkan kejohanan ini turut tersenarai dibawahnya.

Naib juara, Na'Vi pula, pulang dengan hadiah sebesar USD50,000 manakala pasukan Fnatic dan Gambit yang menduduki tempat ketiga dan keempat pulang dengan hadiah sebesar USD22,000.

Dikuasakan oleh Blogger.