Ascension Gaming Muncul Juara GPL Spring Playoff 2018 Menewaskan Kuala Lumpur Hunters

Ascension Gaming memperoleh kejuaran pertama mereka di dalam kejohanan Garena Premier League Spring Playoff 2018 selepas menghancurkan harapan Kuala Lumpur Hunters dengan keputusan akhir 3-1.

Sebagai juara, pasukan dari Thailand itu akan mewaikili Asia Tenggara di kejohanan Mid-Season Invitational 2018 yang bakal berlangsung pada awal Mei depan. Ascension juga kini merupakan pasukan kedua mengesahkan tempat di kejohanan tersebut selepas pasukan Dire Wolves menjuarai OPL semalam.

Bagi pasukan Kuala Lumpur Hunters pula, impian mereka menjulang piala GPL buat pertama kalinya tidak kesampaian dan mereka hanya mampu sekadar berpuashati dengan mencapai tempat kedua kejohanan. Tempat ketiga kejohanan pula dimenangi oleh pasukan dari Filipina iaitu pasukan Mineski yang menewaskan pasukan Sovereign dari Singapura pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Dikuasakan oleh Blogger.