Abang Doublelift Ditahan Kerana Dituduh Membunuh Ibu Dan Mencederakan Bapanya

Yiliang "Doublelift" Peng menerusi laman TwitLonger mengesahkan bahawa abangnya telah ditahan kerana dituduh membunuh ibu dan menyerang bapanya. Yihong Peng ditahan pada hari Sabtu (waktu tempatan) lalu di Orange County, California.

Pihak polis dikhabarkan  tiba di tempat kejadian, di rumah mereka di  San Juan Capistrano pada pukul 10.30 p.m. PT hari Jumaat selepas menerima laporan daripada jiran yang melihat Yihong Peng di jalan dengan pisau ditangan.

Wei Ping Shen, 59, ibu kepada Doublelift kemudiannya ditemi dengan kecederaan maut akibat tikaman. Bapa mereka Guojon Peng pula ditemui dengan kecederaan kritikal dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Doublelift kini telah kembali ke keluarganya dan menyatakan bahawa beliau tidak akan aktif di media sosial sehingga hal ini selesai. Rakan rakan industri dan para peminat menghujani laman sosial pemain AD Carry bagi pasukan Liquid itu dengan kata kata semangat dan ucapan takziah.


Sumber : ESPN

Dikuasakan oleh Blogger.