Video Abiliti Dan Perincian Rekaan Semula Irelia Didedahkan - Bakal Tiba Dua Minggu Lagi

Setenang lautan, seganas badai. Perincian mengenai rekaan semula pelindung kepada Ionia, penari berpedang Irelia kini didedahkan secara rasminya.

Menerusi laman blog rasmi League of Legends, video dan maklumat lengkap abiliti abiliti Irelia diperlihatkan. Berikut merupakan abiliti abiliti baharu beliau :

PASSIVE: IONIAN FERVOR

Menggunakan mantera untuk menyerang musuh memberikan Irelia tindanan Ionian Fervor untuk beberapa saat. Menyerang beberapa musuh memberikan beberapa tindanan Ionian Fervor dan serangan biasa akan meningkatkan jangka masa aktif tindanan tersebut. Setiap tindanan akan meningkatkan kuasa magik bonus pada serangan biasa beliau. Pada jumlah tindanan maksimum, Irealia akan memperoleh tambahan kelajuan serangan dan kuasa bonus menentang pelindung lawan.

*Glosari - tindanan : stack

Q: BLADESURGE

Irelia meluru ke sasaran, menyebabkan kecederaan fizikal kepada lawan (lebih tinggi jika ianya minion atau raksasa), mengaktifkan efek on-hit dan memberikan sedikit kuasa penyembuhan. Jika sasaran ditanda atau mati akibat Bladesurge, masa aktif semula abiliti ini akan disegar semula.

*Glosari - masa aktif semula : cooldown / segar semula : refresh

W: DEFIANT DANCE

Pengaktifan pertama - Irelia mulai mengecas pedangnya, mengakibatkan beliau kehilangan abiliti untuk bergerak atau menyerang, namun menerima peningkatan kuasa untuk mengurangkan kesan serangan lawan bagi sementara waktu. Pengecasan ini tidak terkesan dengan sebarang gangguan.

Pengaktifan kedua  - Irelia melontar pedangnya dan mengakibatan kecederaan fizikal sepanjang garisan antara beliau dan sasaran. Kuasa serangan adalah bergantung pada masa pengecasan.

E: FLAWLESS DUET

Irelia melontar salah sebuah pedangnya ke sebuah lokasi dan kemudian boleh melakukannya sekali lagi di lokasi berlainan. Kedua pedang itu kemudiannya akan terbang ke arah satu sama lain, mengakibatkan kecederaan magik dan memegunkan musuh yang berada diantaranya. Abiliti ini turut mampu menanda musuh dan raksasa untuk beberapa saat.

*Glosari - Pegun : stunt

R: VANGUARD'S EDGE

Irelia melepaskan kuasa penuh pedangnya pada satu garisan serangan. Jika ia mengenai musuh, ia akan  tersesar kearah luar, mengakibatkan kecederaan dan menanda musuh atau raksasa dan menghasilkan perintang untuk beberapa saat. Dinding perintang ini akan menyebabkan kecederaan magik dan memperlahankan musuh yang melepasinya. Ia juga akan melucutkan abiliti musuh untuk melakukan serangan biasa.

*Glosari - lucut : disarm / [email protected] : barrier

Bersama sama dengan rekaan semula ini juga, skin yang ada untuk Irelia turut sama menerima kemaskini baharu bagi menyesuaikannya dengan rekaan baharu beliau. Perubahan ini akan hadir pada kemaskini 8.7 yang dijangka tiba dua minggu lagi.

 


Dikuasakan oleh Blogger.