Valve Dedah Info Tentang Artifact - Berbayar, Akan Tiba Pada Penghujung 2018, Versi Android Dan iOS Pada Tahun 2019

Perincian mengenai permainan berasaskan kad, Artifact, kini telah didedahkan oleh Presiden syarikat Valve, Gabe Newell. Diumumkan secara rasmi pada kejohanan The International 2017 lalu, tidak banyak didedahkan mengenai permainan tersebut sebelum ini melainkan sebuah video teaser.

Menurut Gabe Newell, permainan Artifact bukanlah permainan versi kad untuk Dota 2 tetapi ia berasaskan permainan tersebut. Berbeza dengan permainan berasaskan kad lainnya seperti Hearthstone, Artifact akan dilancarkan sebagai permainan berbayar.

Pada ketika ini, ia sedang di dalam ujian tertutup dan Valve menjangkakan ia akan dilancarkan pada penhujung tahun 2018 ini. Valve turut sama mengumumkan bahawa Aftrifact juga akan tiba bagi platform Android dan iOS pada pertengahan tahuun 2019 kelak dengan kejohanan pertama ia akan diadakan pada suku pertama tahun tersebut.

Seperti mana permainan Dota 2, Artifact akan disertakan dengan kedai atas talian dan bengkel bagi membolehkan pemain membeli item item permainan. Aftifact juga tidak akan menyertakan mod permainan kempen perseorangan dan akan memfokuskan pada petarungan diantara pemain sebenar.

Gabe juga menyatakan bahawa banyak kandungan baharu akan dihasilkan oleh Artifact untuk permainan Dota 2 termasuklah hero baharu yang akan ditambah kedalam permainan itu kelak.

Sumber : IGN - Sumber foto : Geoff Keighley

Dikuasakan oleh Blogger.