Tony - Perincian Hero Terbaru Vainglory Tertiris

Pihak pembangun pemainan moba mudah alih Vainglory, Super Evil Megacorp melakukan sedikit kesilapan apabila mereka termuat naik nota kemaskini yang mengandungi perincian tentang hero terbaru permainan itu iaitu Tony.

Nota itu kemudiannya ditarik semula dan nota kemaskini sebenar (tanpa perincian tentang Tony) dimuat naik mengantikannya. Menerusi nota yang tertiris itu, video pengenalan dan perincian hero tersebut kini diketahui awam.

Tony merupakan seorang penggaduh yang gemar mengacah(taunt) dan memukul musuhnya secara bertubi tubi. Berikut merupakan abiliti abiliti yang bakal hadir bersama sama dengan Tony apabila ia dilancarkan kelak (tertakluk pada perubahan).

Come At Me

Apabila Tony menerima serangan, dia menghasilkan perisai nyawa untuk seketika. Selepas diaktifkan, abiliti ini akan berada di dalam masa aktif semula (cooldown).

Jawbreaker

Tiga serangan biasa seterusnya ditambah kuasa. Serangan ini akan melontar Tony ke arah musuhnya, menyebabkan kecederaan bonus kepada musuh. Serangan ketiga adalah tendangan yang akan memegunkan musuh (stun). Tony juga menerima tambahan kelajuan pergerakan dengan jangka masa merosot (Decaying speed bonus).

Trash Talk

Tony melontar kata kata kesat kearah musuh. Musuh yang menerima kecederaan dan  dipaksa untuk menyerang Tony. Ia juga akan menetapkan semula(reset) masa aktif semula  abiliti Come At Me. Tony juga menerima abiliti pengurangan kerosakan musuh (damage reduction).

Bada Boom

Tony melangkau kearah musuhnya, melepaskan tumbukan uppercut berpusing. Tumbukan hebat ini akan memberikan kecederaan beraaskan kristal dan menyebabkan musuh terlempar ke belakang.


Dikuasakan oleh Blogger.