The International 2018 Diumumkan Akan Dianjurkan Di Rogers Arena, Canada

Akibat daripada kerja kerja perobohan bagi pembinaan semula Key Arena di Seattle, lokasi kejohanan Dota 2 terbesar saban tahun, The International kini akan dianjurkan di Canada pada tahun ini.

Valve menerusi laman blog rasmi Dota 2 mengumumkan bahawa kejohanan The International 2018 akan dianjurkan di Rogers Arena di Vancouver, British Columbia selama 6 hari bermula pada 20 sehingga 26 Ogos kelak.

Ini merupakan kali pertama ia akan dianjurkan di luar Amerika Syarikat. Pada ketika ini, hanya sebuah pasukan telah mengesahkan tempat di kejohanan itu iaitu pasukan Virtus.Pro yang telah mengumpul mata kelayakan Dota 2 Pro Circuit minimum untuk menerima jemputan terus ke kejohanan itu.

Bagi tiket pula, ia akan dibahagikan kepada dua jenis iaitu Midweek bagi 4 hari pertama kejohanan dan Finals iaitu untuk 2 hari terakhir kejohanan.  TIket akan dijual bermula pada 24 Mac ini dengan tiket Midweek pada harga $125 CAD (~RM375) dan tiket Finals akan dijual pada harga $250 CAD (~RM751).


Dikuasakan oleh Blogger.