Subterranean Bakal Menjadi Tema Rasmi Kejohanan The International 2018

Pada minggu lalu, Valve telah mengumumkan bahawa selepas saban tahun kejohanan The International dianjurkan di Key Arena, Seattle, untuk tahun ini, lokasi kejohanan terpenting Dota 2 itu akan berpindah ke Rogers Arena, Canada.

Pada catatan blog terkini permainan itu, tema dan warna rasmi kejohanan yang bakal berlangsung pada bulan Ogos itu kini telah didedahkan secara rasminya. Tahun ini, tema subterranean (bawah tanah) dan warna hijau kristal bakal menjadi hiasan The International  2018.

Bersempena dengan pengumuman tema ini juga, para artis dan pereka Dota 2 Workshop  kini boleh mencipta dan menghantar rekaan mereka bagi peluang untuk disertakan didalam The International 2018 Collector’s Cache.

Valve turut sama menggalakkan para peminat untuk menghantarkan idea bagi cenderahati untuk dihasilkan pada tahun ini. Mereka menyatakan bahawa rakan penghasil cenderahati mereka telah bersedia untuk mempamerkan cenderahati yang bakal dijual pada tahun ini.

Sumber : Dota 2 Blog

Dikuasakan oleh Blogger.