Secret Dipilih Jadi Satu Satunya Pasukan Jemputan GESC: Thailand 2018

Kejohanan bertaraf minor, Global Electronic Sports Championship: Thailand (GESC) hari ini mendedahkan satu satunya  pasukan yang menerima jemputan terus ke kejohanan itu iaitu Team Secret.

Selain daripada pasukan Secret yang ketika ini berada di kedudukan ketiga pada papan pendahulu Dota 2 Pro Circuit itu, 6 lagi pasukan dari pusingan kelayakan rantau dan sebuah dari pusingan kelayakan Thailand akan melengkapkan kejohanan yang menawarkan hadiah sebesar USD300,000 itu.

Kejohanan yang akan berlangsung di Bangkok International Trade & Exhibition Centre bermula pada 15 Mei ini juga bakal mempertaruhkan 300 mata kelayakan DPC yang menjadi rebutan pasukan pasukan musim ini.


Dikuasakan oleh Blogger.