Riot Mendedahkan Format Kejohanan Mid-Season Invitational 2018

Dengan pusingan playoff liga League of Legends sedang berlangsung di kesemua rantau kompetitif dengan meriah menandakan bakal tamatnya split pertama bagi tahun 2018, Riot kini telah mendedahkan perincian mengenai kejohanan terbesar diantara split iaitu Mid-Season Invitational 2018.

Dengan berpisahnya Vietnam Championship Series daripada Garena Premier League (GPL), MSI 2018 kini bakal menjadi kejohanan dengan 14 pasukan dari 14 liga kompetitif profesional League of Legends. 

Sepertimana musim lalu, MSI kali ini juga akan mengunakan keputusan kejohanan MSI dan Worlds bagi 2 tahun sebelumnya untuk menyusun peletakan rantau (Region Seeding). Keputusan terkini dan kejohanan Worlds juga akan kekal menjadi keutamaan didalam penyusunan ini.

Bagi pusingan play-in, ia juga akan kekal untuk 10 pasukan dimana baki 4 pasukan terbaik akan bermula pada pusingan kumpulan. 4 pasukan tersebut adalah dari liga Korea, Amerika Utara, China dan Eropah. Vietnam juga akan bermula pada pusingan kedua pusingan play-in kerana prestasi liga tersebut yang jauh meninggalkan liga lainnya seperti Brazil, CIS, Jepun, Amerika Latin Utara, Amerika Latin Selatan, Oceania, Asia Tenggara dan Turki.

Kejohanan MSI 2018 ini juga akan kekal memberikan efek kepada peletakan rantau  bagi kejohanan Worlds 2018 dengan pasukan pasukan terbaik (rantau) akan memperoleh 4 tempat terbaik pusingan kumpulan kejohanan Worlds.

Dikuasakan oleh Blogger.