PUBG Memperkenalkan Event Mode - Bagi Acara Khas Dan Mod Permainan Ujian

PlayerUnknown's Battlegrounds hari ini memperkenalkan mod permainan baharu yang digelar sebagai Event Mode. Melalui mod permainan baharu ini, pemain boleh mencuba mod permainan ujian yang baharu dari pembangun.

Namun begitu, walaupun menawarkan jenis permainan baharu, mod permainan ini adalah berbeza dengan mod permainan Custom Game. Event Mode menawarkan kandungan yang kebanyakannya baharu untuk jangka masa terhad.

Untuk acara pertama, mod ini membawakan permainan skuad dengan 8 orang pemain. Bagi menyesuaikannya dengan penambahan bilangan rakan ini, bilangan senjata juga akan ditambah duua kali ganda dari kebiasaannya. Namun begitu, bagi membolehkan ia berjalan dengan lancar, hanya mod permainan sudut pandang ketiga (TPP) dan peta Erangel sahaja akan hadir bersama acara pertama ini.

Walaupun acara pertama ini tidak banyak berbeza dengan permainan asal, pihak pembangun memastikan bahawa ia hanya bagi fasa awal sahaja dan pelbagai acara dan mod permainan yang lebih menarik akan diperkenalan di kemudian hari.


Sumber : PUBG

Dikuasakan oleh Blogger.