Piala Dunia Overwatch Bakal Kembali November Ini

Kejohanan Piala Dunia Overwatch (Overwatch World Cup) bakal kembali November ini. Edisi ketiga ini akan diadakan di Southern California dengan pusingan kumpulan diadakan di empat buah negara iaitu Perancis, Korea Selatan, Thailand dan Amerika Syarikat.

Empat negara ini juga layak ke kejohanan piala dunia ini secara terus. Bersama sama dengan mereka adalah 20 pasukan terbaik dari negara negara seluruh dunia. Mulai hari ini sehinggalah tamatnya musim kompetitif Overwatch pada 29 April kelak, data 150 orang pemain terbaik bagi setiap negara akan dijejak dan 20 negara terbaik akan mengisi slot pasukan pasukan tersebut.

Suruhanjaya Pertandingan Kebangsaan (National Competition Committees) setiap negara yang melayakkan diri akan mengadakan sesi pemilihan pemain pada 2 Jun sehingga 6 Julai. Para pemain Liga Overwatch juga boleh mencuba untuk mewakili negara masing masing.

Setiap negara akan menghantar 12 orang pemain bagi mewakili negara mereka. Papan pendahulu bagi menentukan 20 pasukan yang bakal bermain di piala dunia ini boleh di lihat pada laman web rasmi Piala Dunia Overwatch iaitu worldcup.playoverwatch.com.

Dikuasakan oleh Blogger.